Wednesday, 29 March 2017
Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
Objektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia
3. Menyedari kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidupa dalam perhubungan diri dengan keluarga , masyarakat, negara serta alam sekitar.
4. Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
Bidang Pembelajaran KBSR
1. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri
2. Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga
3. Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat
4. Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam sekitar
5. Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara
Sejarah Pendidikan Moral di Malaysia
Pendidikan Moral di Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 1983. Pendidikan moral mula diajarkan di peringkat sekolah menengah pada tahun1989 dan diuji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1993. Pada tahun 1999, semakan semula kokurikulum Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) teleh dilakukan dan penyediaan Buku Teks Pendidikan Moral KBSR dan KBSM secara berperingkat telah dilakukan pada tahun 2001. Selepas itu, kursus Orientasi Jurulatih Utama Pendidikan Moral telah dikenalkan pada tahun 2002 dan pada tahun 2003, pelaksanaan di peringkat rendah dan menengah (Tahun 1 dan Tahun 4 ; Tingkatan 1 dan Tingkatan 4) . Tahun 2009 , dokumen standard sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6) telah dibina. Tahun 2010 , Kursus Orientasi Jurulatih Utama Pendidikan Moral KSSR (Tahun 1) Penyediaan Buku Teks Pendidikan Moral Tahun 1 dan pada tahun 2001 pula pelaksanaan KSSR, Pendidikan Moral Tahun 1 telah dijalankan.
Pengenalan Pendidikan Moral
Nilai Asas Moral ialah Perbuatan Baik , Pengetahuan Baik dan Hasrat baik yang akan menghasilkan manusia yang baik.
Definisi Moral adalah perbuatan . tingkah laku atau ucapan seseorang dalam berinteraksi dengan manusia. Apabila sesuatu yang dilakukan seseorang itu sesuai dengan nilai rasa yang berlaku dalam masyarakat tersebut dan dapat diterima serta menyenangkan lingkungan masyarakatnya, maka orang itu dinilai mempunyai moaral yang baik, beegitu juga sebaliknya.Moral adalah produk dari budaya dan agama.
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral , perasaan moral dan tingkah laku moral.
Kesimpulannya, Pendidikan Moral adalah program yang dilakukan bagi membentuk manusia yang beradab dan baik dalam segala perbuatan atau tingkah lakunya.
Subscribe to:
Posts (Atom)