Wednesday, 29 March 2017

Sejarah Pendidikan Moral di Malaysia

Pendidikan Moral di Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 1983. Pendidikan moral mula diajarkan di peringkat sekolah menengah pada tahun1989 dan diuji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1993. Pada tahun 1999, semakan semula kokurikulum Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) teleh dilakukan dan penyediaan Buku Teks Pendidikan Moral KBSR dan KBSM secara berperingkat telah dilakukan pada tahun 2001. Selepas itu, kursus Orientasi Jurulatih Utama Pendidikan Moral telah dikenalkan pada tahun 2002 dan pada tahun 2003, pelaksanaan di peringkat rendah dan menengah (Tahun 1 dan Tahun 4 ; Tingkatan 1 dan Tingkatan 4) . Tahun 2009 , dokumen standard sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6) telah dibina. Tahun 2010 , Kursus Orientasi Jurulatih Utama Pendidikan Moral KSSR (Tahun 1) Penyediaan Buku Teks Pendidikan Moral Tahun 1 dan pada tahun 2001 pula pelaksanaan KSSR, Pendidikan Moral Tahun 1 telah dijalankan.

1 comments:

scarlet heart said...

hai, boleh saya tahu..di manakah anda mendapat sumber tentang sejarah Pendidikan moral

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment